Perbezaan antara takaful dengan insurans konvensional
Pada 15 jun 1972 jawatankuasa fatwa kebangsaan dlm persidangan yg ke 5 telah memutuskan iaitu insurans nyawa yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional adalah suatu muamalah yang fasiq(rosak dan tidak sah)yang bercanggah dengan prinsip-prinsip islam dari segi akadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar(ketidakpastian),maisir (judi) dan riba.
5.1 –Tiada Unsur al gharar(ketidakpastian)
-al gharar ialah ketidakpastian dalam transaksi muamalah dimana terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain.
-hadith nabi saw,mengatakan dari ali r.a- rasullullah saw pernah melarang jualbeli orang yang terpaksa,jualbeli gharar dan penjualan buah sampai ianya dicapai.(hadith riwayat abu daud)
-gharar terdapat dalam kontrak insurans kerana ianya berdasarkan konsep jual-beli. Dimana dalam islam jika sesuatu itu terlibat dengan muamalah jual beli maka ianya mesti memenuhi rukun dan syarat-syarat jual beli iaitu:-
- penjual dan pembeli
- akad(ijab dan qabul)
- barang(ma’kud alaih)
-adalah jelas didalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana ma’kud alaih (barang) tidak jelas dan ianya berkait dengan:-
- tidak diketahui dengan jelas sama ada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.
- tidak diketahui kadar bayarannya.
- tidak diketahui bila masanya.
-menjadi persoalan ialah kewujudan ketidakpastian barang dalam kontrak insurans tersebut kerana syarat barang yang telah ditetapkan tidak dapat dipenuhi.
-bagi islam syarat-syarat bagi setiap rukun adalah penting dan mesti dipenuhi.antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah :
- barang tersebut mesti dapat diserahkan dalam majlis akad.
- masa penyerahan telah ditetapkan.’
- barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
- tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
- bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang syarak.
-kontrak insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan ,satu pihak(syarikat insurans )akan mendapat semua keuntungan(premium) sementara satu pihak lagi(peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan.
5.2 Tiada Unsur Riba
Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional
Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam.
5.3 Tiada Unsur Maisir (Judi)
Para ulama’ menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait.
Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:
- Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
- Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungani (the insured event) tidak berlaku.
- Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.